Posted by: wanrohaniah | 16/11/2009

Mari Belajar

Ingin berkongsi satu cerita mengenai persistence dan belajar.

Berkisar tentang kehidupan seorang kerani yang bekerja di sebuah syarikat percetakan (majalah, akhbar dll). Pada mulanya, kerani ini sudah merasa selesa dengan kerjanya dan tidak pernah terfikir untuk melakukan sebarang perubahan. Sudah lama dia bekerja sebagai kerani, sudah hampir 10 tahun.

Pada suatu hari, dia telah dihantar berkursus oleh syarikatnya. Dan di dalam kursus tersebut, berbagai motivasi dan cerita mengenai perubahan diri dipaparkan. Maka kerani tersebut mula terfikir akan dirinya dan merasakan bahawa dia juga perlu melakukan perubahan. Lantas dia pergi bertemu dengan pengurus beliau dan menyatakan hasrat beliau untuk mencuba bidang yang lain. Pengurus tersebut bersetuju memandangkan kerani ini pun sudah banyak pengalaman dengan syarikat ini. Kerani ini mengambil keputusan untuk mencuba di bidang pemasaran, di mana beliau perlu keluar mencari pelanggan untuk membuat iklan di dalam akhbar/majalah mereka.

Ramai orang di sekeliling memikirkan yang kerani ini tidak akan berjaya di dalam bidang barunya ini. Dan kerani ini pun memang mendengar gosip-gosip liar ini dan menanam azam untuk membuktikan yang dia mampu melakukannya. Dia kemudiannya membuat sedikit penyelidikan dan mengeluarkan satu senarai nama-nama syarikat yang tidak pernah membeli ruang iklan di akhbar/majalah mereka. Dan dia dapat dalam 12 nama semuanya. Dalam fikirannya, dia berpendapat, kalau ingin buktikan kehebatan, dia perlu ciptakan kelainan. Dia tidak boleh hanya berurusan dengan mereka2 yang sudah tentunya telah membeli ruang iklan dalam majalah mereka itu, kerana itu tidak memerlukan kehebatan sangat.

Setelah senarai 12 nama itu dibuat, beliau pergi ke sebuah taman dan melihat serta membaca nama-nama syarikat itu berulangkali. Dan di dalam hati beliau, beliau tanamkan kata-kata “Mereka semua ini akan membeli ruang iklan majalah aku” juga berulangkali. Keesokannya, beliau menelefon dan berurusan dengan pengurusan syarikat yang telah disenaraikan. Dan beliau berjaya mendapat persetujuan dari dua syarikat yang beliau hubungi. Usaha beliau diteruskan sehingga ke akhir bulan, di mana sebelas syarikat telah bersetuju untuk berurusan dengan beliau, kecuali satu syarikat sahaja.

Bulan berikutnya, dia langsung tidak buat sebarang sale kerana beliau hanya menumpukan pada syarikat yang satu itu sahaja. Beliau tidak tahu yang pengurus syarikat itu memang tidak mahu mengiklankan apa-apa, tetapi beliau tetap pergi berjumpa dengan pengurus tersebut, dan setiap kali itu jugalah pengurus tersebut akan mengatakan “Tidak” beserta beberapa alasan. Sehinggalah ke akhir bulan tersebut, apabila pengurus itu didatangi oleh beliau, pengurus itu lantas berkata “Saya tidak faham kenapa walaupun sudah berkali-kali saya katakan tidak, anda tetap datang dan berurusan dengan saya. Apakah anda tidak rasa malu atau berputus asa?”

Jawab ex-kerani itu tadi “Sebenarnya, sepanjang sebulan ini, saya telah datang belajar dengan tuan. Kerana dengan penolakan tuan itu, saya belajar tentang bagaimana orang menolak dan apa alasan2 orang yang menolak. Tuan ibarat guru kepada saya dan saya ingin ucapkan terimakasih di atas pelajaran itu”

Pengurus itu membalas pula “Sebenarnya saya juga belajar banyak perkara dari kamu. Kamu juga guru bagi saya. Saya belajar bagaimana menjadi seorang yang persistent dan tahu apa yang diinginkan. Dengan itu saya ingin membayar pelajaran saya itu dengan membeli ruangan iklan yang kamu ceritakan tadi”

Bagaimana? Bolehkah kita menjadi seperti kerani itu? InsyaAllah…berusahalah.

Posted by: wanrohaniah | 11/11/2009

LOA dalam kerjaya

Salam keceriaan kepada pembaca. Di hari pertengahan minggu, pasti kita semua sudah pun mendapat momentum kerja untuk minggu ini. Alhamdulillah. Tidak kira apa kerja kita bahkan jika kita sebagai suri rumah sekalipun, pastinya kerja itu sentiasa ada.

Hukum tarikan juga boleh kita praktikkan di dalam kerjaya kita atau di dalam mencari kerjaya yang sesuai dengan diri kita. Pertama sekali, tanya diri sendiri, apakah tanggapan kita terhadap kerjaya yang ideal? Ramai antara kita sebenarnya tidak menyukai sangat pun kerjaya yang sedang dilakukan sekarang, betul? Tetapi tetap juga meneruskannya. Kenapa?  Sila lihat alasan-alasan di bawah ini:

“Aku kena kerja sebab banyak benda nak kena bayar. Aku tak boleh berhenti kerja ni”

” Saya tak boleh mendapatkan kerjaya atau karier yang saya idamkan sebab tak ada duit nak belajar mendalami bidang itu”

“Aku takut nak berhenti kerja ni sebab takut tak dapat kerja lain”

Biasakah kita dengar alasan-alasan di atas itu? Saya adalah salah seorang yang pernah memberikan salah satu alasan tersebut. Sebenarnya, perlu diingat di dalam kita ingin mencapai karier yang bagus, dua perkara yang perlu ditekankan iaitu:

1)  kehendak atau keinginan yang kuat (determination)

2)  perancangan – bagaimana ingin mendapatkan

Di antara tips yang disarankan melalui konsep hukum tarikan ini adalah:

a)  Tanyalah diri sendiri apakah yang memuaskan hati kita, yang memberi kita satu lonjakan atau motivasi untuk melakukannya setiap kali kita bangun di waktu pagi. Ramai kita yang setiap pagi mengeluh dan merasa berat untuk pergi ke tempat kerja (biasa?) dan tak kurang juga yang merasa memang tidak gemar dengan pekerjaan sekarang. Tetapi bila diajukan pertanyaan apa yang ingin anda lakukan, kebanyakannya akan menunjukkan muka yang blank. Jadi, apakah passion anda? Fokus pada passion anda, insyaAllah ia akan tertarik kepada anda.

b) Buatlah apa yang kita suka dan sukalah apa yang kita buat. Andaikata kita memang tidak mampu untuk menukar kerjaya sekarang, sekurang-kurangnya belajar menyukai apa yang kita buat. Siapa tahu, lama kelamaan ia menjadi passion kita. Sepertimana yang saya rasai terhadap bidang pendidikan. Tidak pernah terfikir untuk menjadi pendidik, tetapi apabila berkecimpung di dalam bidang ini sekian lama, saya memang merasa termotivasi apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang ingin belajar.

c)  Kita perlu sentiasa melakukan sesuatu yang akan memberi manfaat kepada komuniti kita terutamanya dan seluruh dunia secara amnya. Biarlah apa yang kita lakukan itu akan memberi kesenangan atau ketenangan kepada masyarakat.

d) Sentiasa cari perkara positif. Meskipun kita merasa tidak senang dengan kerjaya sekarang, tetapi takut untuk melakukan perubahan, cuba lakukan seperti dibawah:

–   berhenti merungut atau mengomplen : Ini adalah kerana di mana-mana sahaja pun kita bekerja, perkara yang tak kena itu pasti ada. Maka, cuba abaikan ia dan tumpukan kepada apa yang kita suka buat. Tetapi jika kena hadap juga sila lihat point dibawah

–  Doakan mereka-mereka atau apa-apa yang membuatkan kita susah, sakit hati, menyampah dan sebagainya. Cakap pada diri sendiri “aku dan si fulan sentiasa di dalam keadaan harmoni, tiada persengketaan”. Ingatlah, tidak ada siapa yang boleh membuatkan anda marah tanpa kebenaran anda sendiri. Anda marah kerana anda membenarkan orang itu atau keadaan itu mendidihkan darah anda.

Itu sahaja antara tips yang dapat dikonsi bersama. Ingatlah, di dalam hukum tarikan, setiap apa yang kita fokuskan, itulah yang akan kita tarik.

 

 

Posted by: wanrohaniah | 09/11/2009

LOA untuk duit

Satu lagi cabang yang boleh kita aplikasikan hukum tarikan. Semua kita mahukan duit bukan? Bukan takat mahu, malah perlu jugak betul? Jika ada antara pembaca yang memang tidak berapa kisah sangat pasal duit, alhamdulillah lah. Tetapi sekarang ni, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak berapa stabil, di tambah pula dengan taraf hidup yang semakin meningkat, tak dapat tidak, kita tetap akan mempersoalkan tentang duit. Setuju?

Di dalam kita ingin mengaplikasikan hukum tarikan di dalam “menarik” duit (macam bomoh la pulak), ada beberapa tindakan yang boleh kita lakukan berkaitan dengan minda.

1)  Pertama sekali, buktikan bahawa kita memang inginkan duit dan layak mendapat duit itu. (We deserve the money).  Bagaimana pulak caranya tu? Dengan menukarkan cara:

–  aksi kita iaitu berlagak seolah-olah kita sudah pun memiliki duit yang banyak (i.e. kaya). Cuba study bagaimana orang kaya beraksi, cara jalan mereka, cara percakapan mereka, cara berpakaian mereka. Tetapi perlu diingat, jangan pulak kita terpaksa mengeluarkan banyak wang untuk bergaya seperti mereka, itu tak perlu, cukup hanya meniru sahaja. (Hmm…nak tahu lebih lanjut sila email wrha71@gmail.com)

–  pemikiran kita – jangan kita sentiasa berfikir “Aku selalu tak ada duit” atau “Aku tak tau mana duit aku pergi” tapi fikirlah “Aku dapat duit dari berbagai punca” atau “Aku memang pandai menggunakan duit”

–  perkataan kita – dari berkata “Aku tak mampu lah…mahal sangat tu” kepada “Aku memang akan beli  benda tu satu hari nanti”

2)  Berhenti meminta-minta. Maksud meminta-minta di sini bukanlah seperti peminta sedekah itu tetapi sentiasa bersungut “Aku nak lebih banyak duit, duit sekarang tak cukup. Aku nak lagi”. Itu menunjukkan kita masih berfikiran bahawa kita ini miskin dan mengikut hukum tarikan, itulah yang akan kita tarik sepanjang hidup kita. Cuba fikir seolah-olah kita sudah pun mempunyai duit yang banyak. Gunakanlah affirmation, tulis di kertas ke dalam buku ke tentang kekayaan kita :). Monitor perasaan kita terhadap duit, kalau rasa macam negatif, cepat2 tukarkan balik kepada positif.

3)  Bersyukur dengan apa yang ada (dari segi wang ringgit). Kalau kita ada RM2.00 sahaja untuk dibelanjakan dalam seminggu, bersyukurlah. Sekurang-kurangnya kita masih ada duit. Allah sudah janji, segala apa nikmat yang Allah berikan, jika kita bersyukur maka Allah akan gandakan, betul? amiiin.

4) Takut dan kontra dengan duit. Bagaimana nak tahu? Cuba tuliskan apa yang anda fikirkan bila diminta menerangkan tentang situasi kewangan anda yang ideal. Lihat tulisan anda. Ada apa2 yang negatif tak?

5) Akhir sekali, sentiasalah berderma. Dengan ikhlas 🙂 . Kerana duit kita sebenarnya bukan duit kita sepenuhnya, ia seharusnya dikongsi, ia adalah milik Allah SWT. Dan jangan rasa takut ia akan habis kerana ia tidak akan habis sebagaimana ilmu Allah tidak pernah berkurangan. Wallahuallam.

Sebenarnya ini hanyalah intipati dari yang lebih panjang sahaja. Andai kata ada perkara yang tidak difahami atau ingin ketahui lebih lanjut, boleh lah ajukan pada saya di email address yang diberikan.

Saya telah pun mencuba aplikasikan apa yang tertulis dan sesungguhnya alhamdulillah, memang menjadi kenyataan. Tetapi apa yang saya lakukan bukan terhad kepada minda sahaja tetapi juga disertakan dengan tindakan yang menjurus ke arah penghasilan. Dengan kata lain, kita buat, kita dapat. Alhamdulillah.

Posted by: wanrohaniah | 05/11/2009

Law of Attraction utk kesihatan

Selari dengan diskusi berkenaan Hukum Tarikan di blog saya yg satu lagi, di sini saya ingin perincikan dengan lebih dalam tentang bagaimana hukum tarikan ni boleh kita gunakan di dalam kehidupan seharian kita.

Namun begitu, pertama sekali ingin juga dinyatakan bahawa, tidak ada hukum tarikan yang fixed. Maknanya, tidak ada sebarang proses atau prosedur yang mengatakan bahawa kalau kita buat begini begitu maka kita akan dapat hasilnya. Kita sendiri perlu tahu bagaimana untuk melaksanakannya mengikut kesesuaian kita. Yang penting cuma perlu positive thinking, itu sahaja.

Di dalam menggunakan hukum tarikan untuk kesihatan kita, yang pertama sekali renung kembali, apabila kita merasa sakit, selalunya apa yang kita buat?

–  beritahu semua orang kesakitan kita

–  rasa kesian kat diri sendiri

–  rasa akulah mangsa yang sangat menyedihkan (victimised)

Betul tak? Atau ada yang masih senyum bila merasa kesakitan? Ada tak? Kalau ada, alhamdulillah…bagusnya anda.

Cuba ingat balik lagi sekali, katalah kita adalah mereka yang dlm kategori pertama, iaitu memberitahu kawan-kawan kita akan kesakitan kita. Ada tak kita rasa sakit kita itu semakin teruk selepas kita bercerita itu? Tak perasan ek? Tak apalah…tapi kadang-kadang memang ya. Kita rasa macam susahnya nak baik sakit kita ni. Itu sebenarnya kerana kita telah memberi fokus kepada sakit tersebut dan bila kita berfokus, dan memikirkannya dan bercerita pulak mengenainya (“aku sakit kat sini, dia rasa macam ni macam ni), maka ikut hukum tarikan, kita menarik lebih banyak rasa sakit itu. Itu yang susah nak sembuh tu.

Jadi bagaimana nak menggunakan hukum tarikan untuk memberi kita kesan yang sebaliknya iaitu kalau tak sembuh pun sekurang-kurangnya berkurang sedikit sakit kita itu.

Caranya:

1)  Cuba tukar perkataan yang kita gunakan contoh: aku rasa sakit nak demam. Tukar kepada “Terimakasih di atas kesihatan aku selama ini”

2)  Tulis lah ayat-ayat motivasi yang membakar semangat berkenaan kesihatan kita itu. Contoh: “Aku akan berjumpa dengan rawatan yang sangat bagus untuk sakit mata aku ni”

3)  Jauhi atau elakkan mereka-mereka yang suka melebih-lebihkan (exaggerate) akan kesakitan mereka. Contoh bila kita bercerita tentang sakit kita sikit, mereka menyampuk dengan menyatakan mereka juga sakit seperti kita malah lebih teruk lagi dan terus-terusan bercerita tentang sakit itu. Kalau rasa susah nak elak, buat alasan. Pergi toilet ke, ada appointment ke dan sebagainya. Atau ubah ajer tajuk. 🙂

4)  Bersyukur. Walaupun kita dapat sakit, kita bersyukur kepada Allah kerana memberikan kita satu isyarat atau satu kesedaran, mungkin ada kesilapan di dalam pemikiran kita, perasaan kita dan perbuatan kita yang kita tak sedar. Bukan kah sakit itu adalah satu medium untuk penghapusan dosa jugak (tapi bukan dosa besar-besar lah) selagi kita redha dan sabar dengan sakit kita itu? Ia juga sebenarnya utk memberi pengajaran tentang kebesaran Allah swt, betul?

Sekali lagi, panjang lebar ceritanya. Harapan saya agar semua mendapat manfaat dari tulisan ini, amiiin.

Posted by: wanrohaniah | 03/11/2009

Asal pandangan

Baru habis bercakap di telefon dengan anak nombor 5 yang berumur 4 tahun. Nak tergelak bila dia cakap “Mak, balik cepat sikit hari ni, Theefah nak tengok mak cantik ke tak”. Hmmmm…di mata seorang anak, ibu mereka memang sentiasa cantik kan?

Memang jika kita melihat sesuatu dari perspektif anak kecil, semuanya perfect, tiada cacat cela. Masih ingatkah kita sewaktu kita kecil dahulu, semuanya mudah, semuanya boleh, kan? Bilakah semua itu bertukar menjadi serba tidak boleh?

Sebenarnya, segala apa pandangan kita sekarang ini bukanlah lahir sekelip mata. Ia datang hasil dari pengalaman, hasil dari pemerhatian, hasil dari apa yang diberitahu dan ditanamkan kepada kita dari kecil. Itu jugalah yang mencorakkan kita punya pemikiran dan tanggapan ke atas sesuatu perkara. Ia juga boleh menjadi moral beliefs kita, prinsip hidup kita dan sebagainya.

Oleh sebab itu, pendapat individu tentang sesuatu kejadian yang sama adalah berbeza-beza. Ada yang berpandangan positif, ada pula yang sebaliknya. Jika kita sentiasa di “program” kan dengan perkara-perkara positif semenjak kecil lagi, maka kita akan lebih positif di dalam melihat sesuatu perkara. Namun begitu, amat jarang orang kita memilih untuk menjadi positif. Kenapa saya berkata begitu? Kerana kita telah ditanamkan dengan perkataan dan perkara negatif sejak dulu lagi, sejak turun temurun yang sehingga kini menjadi pantang larang di dalam keluarga dan keturunan. Betul?

Baru-baru ini saya makan tengahari bersama seorang kawan dan saya menceritakan bagaimana saya senang untuk memberi peluang kepada anak saya cuba berdikari dengan menaiki motosikal. Ya, anak saya yang baru berumur 12 tahun sekarang sudah boleh menunggang motosikal dan sentiasa membawanya ke kedai. Dan saya memang selalu berpesan kepada anak saya itu supaya berhati-hati dan tidak melanggar peraturan walaupun kedai itu hanya 2 minit dari rumah, bahkan dia memang diperlukan untuk memakai topi keledar setiap kali keluar. Kawan saya yang mendengar itu merasa sangat terkejut dan beria-ia menyatakan kepada saya betapa bahayanya apa yang saya lakukan itu. Dan mengapa dia mengatakan begitu kerana dia pernah kemalangan motosikal suatu ketika dulu dan ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pandangan beliau tentang penunggang motosikal.

Saya hormati pandangan dia, dan saya bersetuju tentang adanya bahaya itu. Tetapi, jika saya menyekat potensi anak saya itu dengan menyatakan “Jangan…” maka saya sebenarnya telah menanamkan benih negatif kepada anak saya itu. Setiap perkara pasti ada buruk dan baiknya, dan musibah memang tidak pernah memberi amaran. Walau bagaimana berhati-hati sekalipun kita, jika musibah itu ingin hadir, kita tetap akan terkena. Tetapi jika kita menyekat sesuatu yang kita nampak ada potensi, contohnya dalam kes anak saya ini, potensi beliau untuk berdikari, potensi beliau untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk, potensi beliau untuk tahu mematuhi undang-undang sekaligus memberi sedikit disiplin kepada beliau, maka saya rasa itu tidak sewajarnya saya sekat. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ini, dan mungkin ada yang merasakan saya seorang ibu yang tidak bagus kerana seolah-olah tidak “care” akan keselamatan anaknya. Itu semua terpulang kerana masing-masing memang mempunyai pendapat sendiri masing-masing. Dan sesungguhnya tiada pandangan yang betul dan tiada pandangan yang salah. Semuanya bergantung kepada penerimaan masing-masing.

Waah, jika diteruskan lagi akan meleret-leret. InsyaAllah, akan disambung lagi dientri yang seterusnya. Cukup lah untuk kali ini, disimpulkan bahawa minda separa sedar kita tidak pernah tidur dan sentiasa menerima input daripada kita dan persekitaran kita. Jika input yang diterima adalah lebih kepada positif, maka positiflah pandangan kita terhadap segala sesuatu dan sebaliknya jika hanya yang negatif sahaja yang diterima, maka akan sentiasa negatiflah kita.

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori