Posted by: wanrohaniah | 24/11/2009

5 yang ke dua

Di sambung kembali dengan 5 lagi cara untuk kita melangkah ke arah perubahan.

1)   Berhenti menjadi hakim

Jangan cepat menghakimi orang. Sesuatu yang kita dapat lakukan dengan mudah, betul? Setiap saat sebenarnya kita adalah hakim. Setiap apa yang kita lihat, kita dengar dan kita rasa, kita pasti akan menghakimi. Namun, di dalam menghakimi sesuatu perkara, ingatlah. Sentiasalah bersangka baik dengan orang lain. Jika diakhiran kita mendapat yang sebaliknya, anggaplah ia sebagai satu ujian agar kita lebih berhati-hati di lain masa.

2)  Hadapi ketakutan

Setiap kita pasti ada ketakutan tersendiri. Takut miskin, takut tak menjadi, takut orang mengata dan bermacam jenis takut lagi. Takut hantu pun ada, tapi takut Tuhan? Ramai yang takut dimulut tapi tidak pada perbuatan, setuju? Cuba hadapi perasaan takut itu kerana bila kita hadapinya dan berjaya melepasinya, sebenarnya ia hanyalah mainan perasaan kita sahaja. Percayalah! Saya telah mencubanya dan bila sudah melepasinya, takut hilang seronok pula yang datang kerana kita sudah berjaya mengawalnya.

3)  Bantu orang lain

Kita harus saling bantu membantu. Siapalah kita yang merasakan diri sangat tinggi dan berdarjat tetapi tidak mampu membantu bangsa sendiri dari hidup merempat. Andai kata banyak kekangan untuk membantu, sama ada dari segi duit, tenaga dan masa, renunglah sejenak apa lagi yang boleh kita lakukan untuk membantu orang sebangsa dan seagama dengan kita. (Mengikut saranan Dr Ahmad Ridhuan Tee di dalam ceramah beliau, orang2 Palestin dan juga muallaf amat2 memerlukan pembelaan, apa sumbangan kita pada mereka?)

4) Keluarkan segala perasaan benci dan dengki

Cuba kita belajar untuk berbahagia di atas kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Jangan merasa iri melihat orang lain berjaya atau bahagia. Kasihlah kepada sesama kita sebagaimana kita mengasihi diri sendiri, itu adalah saranan hadis Rasulullah SAW bukan?

5) Berlaku dan berbicara yang benar walau apa jua hasilnya

Betapa yang ini memang payah dilakukan, setuju? Siapa di dunia ini yang tidak pernah menipu? Umat zaman ini sedikit sebanyak pasti ada ketidakbenaran di dalam percakapannya. Kenapa berlaku demikian? Kerana ingin menyelamatkan keadaan kononnya. Tetapi akhirnya, tetap tidak terselamat juga.

Sebenarnya kelima-lima perkara di atas, saya sendiri pun mengalaminya. Sebagai manusia kekadang memang kita alpa. Teringat yang 5, terlupa yang 5 lainnya.  Maka, marilah kita bersama-sama cuba untuk melaksanakan segala yang tertera sebaik yang mungkin, insyaAllah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: