Posted by: wanrohaniah | 16/11/2009

Mari Belajar

Ingin berkongsi satu cerita mengenai persistence dan belajar.

Berkisar tentang kehidupan seorang kerani yang bekerja di sebuah syarikat percetakan (majalah, akhbar dll). Pada mulanya, kerani ini sudah merasa selesa dengan kerjanya dan tidak pernah terfikir untuk melakukan sebarang perubahan. Sudah lama dia bekerja sebagai kerani, sudah hampir 10 tahun.

Pada suatu hari, dia telah dihantar berkursus oleh syarikatnya. Dan di dalam kursus tersebut, berbagai motivasi dan cerita mengenai perubahan diri dipaparkan. Maka kerani tersebut mula terfikir akan dirinya dan merasakan bahawa dia juga perlu melakukan perubahan. Lantas dia pergi bertemu dengan pengurus beliau dan menyatakan hasrat beliau untuk mencuba bidang yang lain. Pengurus tersebut bersetuju memandangkan kerani ini pun sudah banyak pengalaman dengan syarikat ini. Kerani ini mengambil keputusan untuk mencuba di bidang pemasaran, di mana beliau perlu keluar mencari pelanggan untuk membuat iklan di dalam akhbar/majalah mereka.

Ramai orang di sekeliling memikirkan yang kerani ini tidak akan berjaya di dalam bidang barunya ini. Dan kerani ini pun memang mendengar gosip-gosip liar ini dan menanam azam untuk membuktikan yang dia mampu melakukannya. Dia kemudiannya membuat sedikit penyelidikan dan mengeluarkan satu senarai nama-nama syarikat yang tidak pernah membeli ruang iklan di akhbar/majalah mereka. Dan dia dapat dalam 12 nama semuanya. Dalam fikirannya, dia berpendapat, kalau ingin buktikan kehebatan, dia perlu ciptakan kelainan. Dia tidak boleh hanya berurusan dengan mereka2 yang sudah tentunya telah membeli ruang iklan dalam majalah mereka itu, kerana itu tidak memerlukan kehebatan sangat.

Setelah senarai 12 nama itu dibuat, beliau pergi ke sebuah taman dan melihat serta membaca nama-nama syarikat itu berulangkali. Dan di dalam hati beliau, beliau tanamkan kata-kata “Mereka semua ini akan membeli ruang iklan majalah aku” juga berulangkali. Keesokannya, beliau menelefon dan berurusan dengan pengurusan syarikat yang telah disenaraikan. Dan beliau berjaya mendapat persetujuan dari dua syarikat yang beliau hubungi. Usaha beliau diteruskan sehingga ke akhir bulan, di mana sebelas syarikat telah bersetuju untuk berurusan dengan beliau, kecuali satu syarikat sahaja.

Bulan berikutnya, dia langsung tidak buat sebarang sale kerana beliau hanya menumpukan pada syarikat yang satu itu sahaja. Beliau tidak tahu yang pengurus syarikat itu memang tidak mahu mengiklankan apa-apa, tetapi beliau tetap pergi berjumpa dengan pengurus tersebut, dan setiap kali itu jugalah pengurus tersebut akan mengatakan “Tidak” beserta beberapa alasan. Sehinggalah ke akhir bulan tersebut, apabila pengurus itu didatangi oleh beliau, pengurus itu lantas berkata “Saya tidak faham kenapa walaupun sudah berkali-kali saya katakan tidak, anda tetap datang dan berurusan dengan saya. Apakah anda tidak rasa malu atau berputus asa?”

Jawab ex-kerani itu tadi “Sebenarnya, sepanjang sebulan ini, saya telah datang belajar dengan tuan. Kerana dengan penolakan tuan itu, saya belajar tentang bagaimana orang menolak dan apa alasan2 orang yang menolak. Tuan ibarat guru kepada saya dan saya ingin ucapkan terimakasih di atas pelajaran itu”

Pengurus itu membalas pula “Sebenarnya saya juga belajar banyak perkara dari kamu. Kamu juga guru bagi saya. Saya belajar bagaimana menjadi seorang yang persistent dan tahu apa yang diinginkan. Dengan itu saya ingin membayar pelajaran saya itu dengan membeli ruangan iklan yang kamu ceritakan tadi”

Bagaimana? Bolehkah kita menjadi seperti kerani itu? InsyaAllah…berusahalah.


Responses

  1. Insya-Allah..dari satu segi sudah pun memulakan perubahan dan sedang mencari jalan bagaimana untuk menjadi yang lebih baik.

    Kalau kita tak nak gagal, memang tak perlu buat apa-apa tapi kalau tak mahu berjaya pun sama jugak..duduklah di takuk yang lama!

    Soalnya perubahan adalah perlu untuk sebuah kejayaan…hasilnya memang belum tentu berjaya atau gagal tapi kalau pun gagal..itu lah guru yang paling berkesan!!! Sebaliknya, orang yang berjaya sebenarnya menghadapi lebih banyak kegagalan daripada orang yang tidak berbuat apa-apa langsung!!!

  2. Kalau ikut kata buku yg dibaca, memang kita secara fitrahnya sentiasa berubah…kita jer yang tak sedar…sebab sel2 badan kita sentiasa diperbaharui setiap detik dan ketika…jadi kalau kita kata kita susah nak berubah tu, memang mustahil sebenarnya….sebab Allah dah jadikan kita dengan begitu seni dan menakjubkan, di mana secara fitrahnya kita memang patut berubah….hmmm…nanti lah buat entri pulak pasal ni,insyaAllah….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: