Posted by: wanrohaniah | 11/11/2009

LOA dalam kerjaya

Salam keceriaan kepada pembaca. Di hari pertengahan minggu, pasti kita semua sudah pun mendapat momentum kerja untuk minggu ini. Alhamdulillah. Tidak kira apa kerja kita bahkan jika kita sebagai suri rumah sekalipun, pastinya kerja itu sentiasa ada.

Hukum tarikan juga boleh kita praktikkan di dalam kerjaya kita atau di dalam mencari kerjaya yang sesuai dengan diri kita. Pertama sekali, tanya diri sendiri, apakah tanggapan kita terhadap kerjaya yang ideal? Ramai antara kita sebenarnya tidak menyukai sangat pun kerjaya yang sedang dilakukan sekarang, betul? Tetapi tetap juga meneruskannya. Kenapa?  Sila lihat alasan-alasan di bawah ini:

“Aku kena kerja sebab banyak benda nak kena bayar. Aku tak boleh berhenti kerja ni”

” Saya tak boleh mendapatkan kerjaya atau karier yang saya idamkan sebab tak ada duit nak belajar mendalami bidang itu”

“Aku takut nak berhenti kerja ni sebab takut tak dapat kerja lain”

Biasakah kita dengar alasan-alasan di atas itu? Saya adalah salah seorang yang pernah memberikan salah satu alasan tersebut. Sebenarnya, perlu diingat di dalam kita ingin mencapai karier yang bagus, dua perkara yang perlu ditekankan iaitu:

1)  kehendak atau keinginan yang kuat (determination)

2)  perancangan – bagaimana ingin mendapatkan

Di antara tips yang disarankan melalui konsep hukum tarikan ini adalah:

a)  Tanyalah diri sendiri apakah yang memuaskan hati kita, yang memberi kita satu lonjakan atau motivasi untuk melakukannya setiap kali kita bangun di waktu pagi. Ramai kita yang setiap pagi mengeluh dan merasa berat untuk pergi ke tempat kerja (biasa?) dan tak kurang juga yang merasa memang tidak gemar dengan pekerjaan sekarang. Tetapi bila diajukan pertanyaan apa yang ingin anda lakukan, kebanyakannya akan menunjukkan muka yang blank. Jadi, apakah passion anda? Fokus pada passion anda, insyaAllah ia akan tertarik kepada anda.

b) Buatlah apa yang kita suka dan sukalah apa yang kita buat. Andaikata kita memang tidak mampu untuk menukar kerjaya sekarang, sekurang-kurangnya belajar menyukai apa yang kita buat. Siapa tahu, lama kelamaan ia menjadi passion kita. Sepertimana yang saya rasai terhadap bidang pendidikan. Tidak pernah terfikir untuk menjadi pendidik, tetapi apabila berkecimpung di dalam bidang ini sekian lama, saya memang merasa termotivasi apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang ingin belajar.

c)  Kita perlu sentiasa melakukan sesuatu yang akan memberi manfaat kepada komuniti kita terutamanya dan seluruh dunia secara amnya. Biarlah apa yang kita lakukan itu akan memberi kesenangan atau ketenangan kepada masyarakat.

d) Sentiasa cari perkara positif. Meskipun kita merasa tidak senang dengan kerjaya sekarang, tetapi takut untuk melakukan perubahan, cuba lakukan seperti dibawah:

–   berhenti merungut atau mengomplen : Ini adalah kerana di mana-mana sahaja pun kita bekerja, perkara yang tak kena itu pasti ada. Maka, cuba abaikan ia dan tumpukan kepada apa yang kita suka buat. Tetapi jika kena hadap juga sila lihat point dibawah

–  Doakan mereka-mereka atau apa-apa yang membuatkan kita susah, sakit hati, menyampah dan sebagainya. Cakap pada diri sendiri “aku dan si fulan sentiasa di dalam keadaan harmoni, tiada persengketaan”. Ingatlah, tidak ada siapa yang boleh membuatkan anda marah tanpa kebenaran anda sendiri. Anda marah kerana anda membenarkan orang itu atau keadaan itu mendidihkan darah anda.

Itu sahaja antara tips yang dapat dikonsi bersama. Ingatlah, di dalam hukum tarikan, setiap apa yang kita fokuskan, itulah yang akan kita tarik.

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: