Posted by: wanrohaniah | 09/11/2009

LOA untuk duit

Satu lagi cabang yang boleh kita aplikasikan hukum tarikan. Semua kita mahukan duit bukan? Bukan takat mahu, malah perlu jugak betul? Jika ada antara pembaca yang memang tidak berapa kisah sangat pasal duit, alhamdulillah lah. Tetapi sekarang ni, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak berapa stabil, di tambah pula dengan taraf hidup yang semakin meningkat, tak dapat tidak, kita tetap akan mempersoalkan tentang duit. Setuju?

Di dalam kita ingin mengaplikasikan hukum tarikan di dalam “menarik” duit (macam bomoh la pulak), ada beberapa tindakan yang boleh kita lakukan berkaitan dengan minda.

1)  Pertama sekali, buktikan bahawa kita memang inginkan duit dan layak mendapat duit itu. (We deserve the money).  Bagaimana pulak caranya tu? Dengan menukarkan cara:

–  aksi kita iaitu berlagak seolah-olah kita sudah pun memiliki duit yang banyak (i.e. kaya). Cuba study bagaimana orang kaya beraksi, cara jalan mereka, cara percakapan mereka, cara berpakaian mereka. Tetapi perlu diingat, jangan pulak kita terpaksa mengeluarkan banyak wang untuk bergaya seperti mereka, itu tak perlu, cukup hanya meniru sahaja. (Hmm…nak tahu lebih lanjut sila email wrha71@gmail.com)

–  pemikiran kita – jangan kita sentiasa berfikir “Aku selalu tak ada duit” atau “Aku tak tau mana duit aku pergi” tapi fikirlah “Aku dapat duit dari berbagai punca” atau “Aku memang pandai menggunakan duit”

–  perkataan kita – dari berkata “Aku tak mampu lah…mahal sangat tu” kepada “Aku memang akan beli  benda tu satu hari nanti”

2)  Berhenti meminta-minta. Maksud meminta-minta di sini bukanlah seperti peminta sedekah itu tetapi sentiasa bersungut “Aku nak lebih banyak duit, duit sekarang tak cukup. Aku nak lagi”. Itu menunjukkan kita masih berfikiran bahawa kita ini miskin dan mengikut hukum tarikan, itulah yang akan kita tarik sepanjang hidup kita. Cuba fikir seolah-olah kita sudah pun mempunyai duit yang banyak. Gunakanlah affirmation, tulis di kertas ke dalam buku ke tentang kekayaan kita🙂. Monitor perasaan kita terhadap duit, kalau rasa macam negatif, cepat2 tukarkan balik kepada positif.

3)  Bersyukur dengan apa yang ada (dari segi wang ringgit). Kalau kita ada RM2.00 sahaja untuk dibelanjakan dalam seminggu, bersyukurlah. Sekurang-kurangnya kita masih ada duit. Allah sudah janji, segala apa nikmat yang Allah berikan, jika kita bersyukur maka Allah akan gandakan, betul? amiiin.

4) Takut dan kontra dengan duit. Bagaimana nak tahu? Cuba tuliskan apa yang anda fikirkan bila diminta menerangkan tentang situasi kewangan anda yang ideal. Lihat tulisan anda. Ada apa2 yang negatif tak?

5) Akhir sekali, sentiasalah berderma. Dengan ikhlas🙂 . Kerana duit kita sebenarnya bukan duit kita sepenuhnya, ia seharusnya dikongsi, ia adalah milik Allah SWT. Dan jangan rasa takut ia akan habis kerana ia tidak akan habis sebagaimana ilmu Allah tidak pernah berkurangan. Wallahuallam.

Sebenarnya ini hanyalah intipati dari yang lebih panjang sahaja. Andai kata ada perkara yang tidak difahami atau ingin ketahui lebih lanjut, boleh lah ajukan pada saya di email address yang diberikan.

Saya telah pun mencuba aplikasikan apa yang tertulis dan sesungguhnya alhamdulillah, memang menjadi kenyataan. Tetapi apa yang saya lakukan bukan terhad kepada minda sahaja tetapi juga disertakan dengan tindakan yang menjurus ke arah penghasilan. Dengan kata lain, kita buat, kita dapat. Alhamdulillah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: