Posted by: wanrohaniah | 05/11/2009

Law of Attraction utk kesihatan

Selari dengan diskusi berkenaan Hukum Tarikan di blog saya yg satu lagi, di sini saya ingin perincikan dengan lebih dalam tentang bagaimana hukum tarikan ni boleh kita gunakan di dalam kehidupan seharian kita.

Namun begitu, pertama sekali ingin juga dinyatakan bahawa, tidak ada hukum tarikan yang fixed. Maknanya, tidak ada sebarang proses atau prosedur yang mengatakan bahawa kalau kita buat begini begitu maka kita akan dapat hasilnya. Kita sendiri perlu tahu bagaimana untuk melaksanakannya mengikut kesesuaian kita. Yang penting cuma perlu positive thinking, itu sahaja.

Di dalam menggunakan hukum tarikan untuk kesihatan kita, yang pertama sekali renung kembali, apabila kita merasa sakit, selalunya apa yang kita buat?

–  beritahu semua orang kesakitan kita

–  rasa kesian kat diri sendiri

–  rasa akulah mangsa yang sangat menyedihkan (victimised)

Betul tak? Atau ada yang masih senyum bila merasa kesakitan? Ada tak? Kalau ada, alhamdulillah…bagusnya anda.

Cuba ingat balik lagi sekali, katalah kita adalah mereka yang dlm kategori pertama, iaitu memberitahu kawan-kawan kita akan kesakitan kita. Ada tak kita rasa sakit kita itu semakin teruk selepas kita bercerita itu? Tak perasan ek? Tak apalah…tapi kadang-kadang memang ya. Kita rasa macam susahnya nak baik sakit kita ni. Itu sebenarnya kerana kita telah memberi fokus kepada sakit tersebut dan bila kita berfokus, dan memikirkannya dan bercerita pulak mengenainya (“aku sakit kat sini, dia rasa macam ni macam ni), maka ikut hukum tarikan, kita menarik lebih banyak rasa sakit itu. Itu yang susah nak sembuh tu.

Jadi bagaimana nak menggunakan hukum tarikan untuk memberi kita kesan yang sebaliknya iaitu kalau tak sembuh pun sekurang-kurangnya berkurang sedikit sakit kita itu.

Caranya:

1)  Cuba tukar perkataan yang kita gunakan contoh: aku rasa sakit nak demam. Tukar kepada “Terimakasih di atas kesihatan aku selama ini”

2)  Tulis lah ayat-ayat motivasi yang membakar semangat berkenaan kesihatan kita itu. Contoh: “Aku akan berjumpa dengan rawatan yang sangat bagus untuk sakit mata aku ni”

3)  Jauhi atau elakkan mereka-mereka yang suka melebih-lebihkan (exaggerate) akan kesakitan mereka. Contoh bila kita bercerita tentang sakit kita sikit, mereka menyampuk dengan menyatakan mereka juga sakit seperti kita malah lebih teruk lagi dan terus-terusan bercerita tentang sakit itu. Kalau rasa susah nak elak, buat alasan. Pergi toilet ke, ada appointment ke dan sebagainya. Atau ubah ajer tajuk.🙂

4)  Bersyukur. Walaupun kita dapat sakit, kita bersyukur kepada Allah kerana memberikan kita satu isyarat atau satu kesedaran, mungkin ada kesilapan di dalam pemikiran kita, perasaan kita dan perbuatan kita yang kita tak sedar. Bukan kah sakit itu adalah satu medium untuk penghapusan dosa jugak (tapi bukan dosa besar-besar lah) selagi kita redha dan sabar dengan sakit kita itu? Ia juga sebenarnya utk memberi pengajaran tentang kebesaran Allah swt, betul?

Sekali lagi, panjang lebar ceritanya. Harapan saya agar semua mendapat manfaat dari tulisan ini, amiiin.


Responses

  1. Menarik bila dikaitkan dengan kesihatan. Memang pun! Lagi kita memikirkan sakit kita tu, lagi sakitlah rasa.

    Dalam pengalaman lain pernah sekali tu kawe mengalami “down” yang sangat teruk, dah lupa camana semuanya bermula, kalau tak silap sebab banyak kerja tak beres kot, lepas tu mula berfikir “kesiannya aku”…”tengoklah keadaan aku sekarang”…”dulu aku tak macam ni (dari segi material)” then to make things worst (sesuai dengan feeling masa tu lah kan)..ada parents datang jenguk anak dia kat hostel sekolah, both parents are immaculately well dressed from top to toe complete with branded accessories. Agaknya, Allah nak kasi pengajaran “Ha! you pity yourself kan? nah! rasakan bertambah pity lagi, look at yourself and look at them!”..

    it is soo true, by looking at things negatively will only attract something that you do not want..bukanlah couple tu tak elok atau orang yang banyak duit tu tak elok ..nak ceritanya because of my mind dok pikir negative, bertambahlah teruk rasanya….rentetan daripada peristiwa tu banyak sekali..sehinggalah Allah ilhamkan kesedaran after watching oprah with the same topic LOA hok kawe oyak ko demo mulo tu..

    teruskan menulis!

    • tu la kan OO…lloni pun dapat rasa dia punya penangan…dulu tak tau apa dia, sekarang dah faham…
      kadang2 masih juga berfikiran negatif, esp. bila ada orang memotong kereta kita dengan “biadab”nya…tapi lepas tu teringat balik….ngucap terus….kalau tidak, harus sepanjang perjalanan tu kita akan jumpa dengan kereta yang “biadab” aje lah…
      meh kita sama-sama sentiasa beringat hehehe

  2. Ini ada kaitan dengan bicara kendiri +ve dan -ve rasanya kan

    • ha’ah faz…partly lah…besar lagi dia punya scope sebenarnya hehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: