Posted by: wanrohaniah | 03/11/2009

Asal pandangan

Baru habis bercakap di telefon dengan anak nombor 5 yang berumur 4 tahun. Nak tergelak bila dia cakap “Mak, balik cepat sikit hari ni, Theefah nak tengok mak cantik ke tak”. Hmmmm…di mata seorang anak, ibu mereka memang sentiasa cantik kan?

Memang jika kita melihat sesuatu dari perspektif anak kecil, semuanya perfect, tiada cacat cela. Masih ingatkah kita sewaktu kita kecil dahulu, semuanya mudah, semuanya boleh, kan? Bilakah semua itu bertukar menjadi serba tidak boleh?

Sebenarnya, segala apa pandangan kita sekarang ini bukanlah lahir sekelip mata. Ia datang hasil dari pengalaman, hasil dari pemerhatian, hasil dari apa yang diberitahu dan ditanamkan kepada kita dari kecil. Itu jugalah yang mencorakkan kita punya pemikiran dan tanggapan ke atas sesuatu perkara. Ia juga boleh menjadi moral beliefs kita, prinsip hidup kita dan sebagainya.

Oleh sebab itu, pendapat individu tentang sesuatu kejadian yang sama adalah berbeza-beza. Ada yang berpandangan positif, ada pula yang sebaliknya. Jika kita sentiasa di “program” kan dengan perkara-perkara positif semenjak kecil lagi, maka kita akan lebih positif di dalam melihat sesuatu perkara. Namun begitu, amat jarang orang kita memilih untuk menjadi positif. Kenapa saya berkata begitu? Kerana kita telah ditanamkan dengan perkataan dan perkara negatif sejak dulu lagi, sejak turun temurun yang sehingga kini menjadi pantang larang di dalam keluarga dan keturunan. Betul?

Baru-baru ini saya makan tengahari bersama seorang kawan dan saya menceritakan bagaimana saya senang untuk memberi peluang kepada anak saya cuba berdikari dengan menaiki motosikal. Ya, anak saya yang baru berumur 12 tahun sekarang sudah boleh menunggang motosikal dan sentiasa membawanya ke kedai. Dan saya memang selalu berpesan kepada anak saya itu supaya berhati-hati dan tidak melanggar peraturan walaupun kedai itu hanya 2 minit dari rumah, bahkan dia memang diperlukan untuk memakai topi keledar setiap kali keluar. Kawan saya yang mendengar itu merasa sangat terkejut dan beria-ia menyatakan kepada saya betapa bahayanya apa yang saya lakukan itu. Dan mengapa dia mengatakan begitu kerana dia pernah kemalangan motosikal suatu ketika dulu dan ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pandangan beliau tentang penunggang motosikal.

Saya hormati pandangan dia, dan saya bersetuju tentang adanya bahaya itu. Tetapi, jika saya menyekat potensi anak saya itu dengan menyatakan “Jangan…” maka saya sebenarnya telah menanamkan benih negatif kepada anak saya itu. Setiap perkara pasti ada buruk dan baiknya, dan musibah memang tidak pernah memberi amaran. Walau bagaimana berhati-hati sekalipun kita, jika musibah itu ingin hadir, kita tetap akan terkena. Tetapi jika kita menyekat sesuatu yang kita nampak ada potensi, contohnya dalam kes anak saya ini, potensi beliau untuk berdikari, potensi beliau untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk, potensi beliau untuk tahu mematuhi undang-undang sekaligus memberi sedikit disiplin kepada beliau, maka saya rasa itu tidak sewajarnya saya sekat. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ini, dan mungkin ada yang merasakan saya seorang ibu yang tidak bagus kerana seolah-olah tidak “care” akan keselamatan anaknya. Itu semua terpulang kerana masing-masing memang mempunyai pendapat sendiri masing-masing. Dan sesungguhnya tiada pandangan yang betul dan tiada pandangan yang salah. Semuanya bergantung kepada penerimaan masing-masing.

Waah, jika diteruskan lagi akan meleret-leret. InsyaAllah, akan disambung lagi dientri yang seterusnya. Cukup lah untuk kali ini, disimpulkan bahawa minda separa sedar kita tidak pernah tidur dan sentiasa menerima input daripada kita dan persekitaran kita. Jika input yang diterima adalah lebih kepada positif, maka positiflah pandangan kita terhadap segala sesuatu dan sebaliknya jika hanya yang negatif sahaja yang diterima, maka akan sentiasa negatiflah kita.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: