Posted by: wanrohaniah | 02/11/2009

Kehebatan Diri

Di dalam kita berusaha untuk memperbaiki diri, sudah tentu kita perlu muhasabah dan lihat, apakah kelebihan-kelebihan diri kita sendiri. Potensi diri perlu dicungkil tetapi bagaimana kita ingin tahu apa potensi diri kita? (dedikasi untuk Luna, tak taulah Luna baca ke tak blog saya ni, tapi tak kisahlah)

Pernah kah anda diberitahu orang bahawa mereka kagum dengan apa yang anda lakukan di dalam sesuatu pekerjaan? Contoh: Anda diberitahu anda dikagumi kerana berjaya merancang dan melaksanakan sesuatu event dengan jayanya. Setiap kali anda ditugaskan untuk merancang dan melaksanakan event, pasti ianya berjaya dengan cemerlang. Dan semakin lama anda melakukannya, semakin bagus dan cemerlang keputusannya.

Sesungguhnya itulah salah satu potensi diri anda. Kita memang kadang-kadang tidak sedar atau tidak tahu apa kelebihan kita. Memang semua itu perlu di asah atau dicuba terlebih dahulu. Bayangkan kita dahulu sebagai bayi, apa yang kita tahu? Tahu menangis dan “membuang” dan tidur sahaja kan? Tetapi bila kita di ajar untuk bertutur, bertatih, dan kita melakukannya berulang kali tanpa jemu, kalau salah kita betulkan atau orang yang betulkan…kita jatuh, mak ayah angkat, kalau pelat, mak ayah betulkan…lama kelamaan kita jadi mahir kan?

Begitu juga dengan potensi diri kita. Tidak ada istilah “aku tiada potensi diri”. Setiap dari kita mempunyai banyak potensi, cuma tunggu di asah dan cuma perlu lihat keserasian sahaja. Kita boleh buat kalau kita cuba. Yang menjadi masalah kita sekarang ni hanyalah takut untuk mencuba. Takut apa? Takut salah, takut orang kata, takut kecewa, dan bermacam-macam takut lagi. Kenapa? Mungkin kerana orang kita sudah lama dijajah minda dan pemikiran supaya singkat daya fikir kita, telah diberitahu dari dulu, kita tak boleh melakukannya, telah diperlekehkan berkali-kali oleh orang lain juga berulangkali.

Cubalah. Apa sahaja yang kita ingin lakukan, cuba sahaja. Jika sesuai dengan citarasa dan berjaya pula dilakukan, makanya memang potensi kita lebih ke arah itu. Tetapi jika tidak berapa nak berjaya, cuba lagi cuba lagi dan lagi (jika memang itu yang kita inginkan) sehingga berjaya. Thomas Edison mencuba 999 kali sebelum berjaya, kali ke 1000 dia mampu menjayakan apa yang diinginkan. Katanya “I did not fail, I just found 999 ways that do not work”.

Satu sahaja yang ingin dipesan, jangan lah pula mencuba sesuatu yang dilarang oleh Allah. Kalau yang itu, walaupun kita mampu melakukannya (kerana selalunya perkara yg dilarang ni senang sahaja untuk dilakukan), tidak ada maknanya, betul?

Akhir kata, jangan sekat potensi diri sendiri, selagi ia selari dengan jalan yang diredhai Allah, lakukan sahaja. Kita BOLEH!!

 

 


Responses

  1. hehe..terima kasih kak wear..terharu sgt ni…betul lah tu sbnrnya kita x mungkin x de potensi, kalo x de potensi tentu kita x berubah lgsg dr kecil hingga ke besar kan.

    insyaAllah sy x nak bertapi2 lagi…i will just go for it!🙂

  2. itu sebenarnya yang akak hajatkan pun…harapan akak supaya orang kita especially tidak terbatas keistimewaan memasing…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: