Posted by: wanrohaniah | 30/10/2009

Matlamat dan Minda

Salam ceria pagi Jumaat.

Seperti diberitahu semalam, sebenarnya di dalam kita menetapkan matlamat hidup kita, ia ada berkaitan dengan minda sedar dan separa sedar. Saya pasti ramai dari pembaca yang telah pun tahu apa itu minda sedar dan separa sedar. Dan saya pasti pembaca juga tahu bahawa 90% dari pemikiran kita sebenarnya datang dari minda separa sedar. Dan minda separa sedar tiada diskriminasi dan tidak pernah mengerti sama ada pemikiran kita itu yang negatif atau positif, yang dia tahu hanya proseskan sahaja.

Apa kaitannya dengan matlamat kita? Sekali lagi, ingin berkongsi hasil pembacaan dan hasil dari mendengar ceramah di Shangrila Hotel tempohari. Apabila kita bermatlamat, selalunya minda kita akan sentiasa fokus kepada matlamat kita, betul? Jika diikut konsep Law of Attraction (Hukum Tarikan) juga, bila kita sudah set kan matlamat kita, maka seeloknya lah kita menulis matlamat itu di atas kertas dan sentiasa rujuk kembali kepada kertas itu (kalau boleh setiap hari :)) Apabila kita membaca kembali apa yang kita tulis, secara tidak langsung minda separa sedar kita mendengar dan menyimpan apa yang kita baca, kerana setiap bacaan kita itu semestinyalah di sertakan dengan sedikit pemikiran, betul kan?

Jadi, apa yang kita nak buat dengan minda separa sedar itu? Di sinilah pula peranan minda sedar untuk digunakan bagi mencapai matlamat kita. Sememangnya setiap matlamat yang kita ada, perlu disertakan dengan tindakan. Dan selalunya tindakan kita itu selari dengan apa yang kita fikirkan. “We are what we think”. Maka, sebenarnya tindak-tanduk seseorang itu memang sedikit sebanyak bergantung kepada matlamat hidup kita. Kalau tiada matlamat, itu yang menjadikan seseorang itu bertindak tanpa arah tujuan dan seperti lalang, ikut sahaja ke mana arah angin bertiup. (seperti saya dulu)

Cuba kita kaji tindak tanduk mereka-mereka yang sudah berjaya. Contohnya iron lady kita Puan Maznah Hamid. Saya pernah mendengar ceramah beliau satu ketika dulu dan beliau menceritakan bagaimana dari seorang guru tusyen, beliau berjaya membina empayar hasil dari tindakan yang diambil bersandarkan matlamat yang dia ada. Dan betapa tekunnya beliau untuk mengejar impian atau matlamat beliau tanpa rasa penat dan lelah, tanpa kenal putus asa dan sentiasa mencari jalan untuk menjadikannya. Dan bagaimana beliau bertindak untuk mengekalkan matlamat beliau itu dan sentiasa memperbaharui matlamat beliau agar sentiasa maju ke hadapan.

Boleh kah kita menjadi sebegitu? Pasti BOLEH!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: