Posted by: wanrohaniah | 29/10/2009

Jenis matlamat

Masih ingin bercerita mengenai matlamat diri. Kerana ia adalah penting bagi diri sendiri. Sekali lagi saya ingin berkongsi hasil pembacaan dan pemahaman.

Di dalam kita meletakkan atau menyenaraikan matlamat hidup kita di dunia, perlu juga di ambil kira matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek. Barangsiapa yang berada di bidang pengurusan mahupun perniagaan, pasti tahu apa makna semua ni. Bila kita dengar perancangan yang dibentangkan oleh kerajaan pun, tak kira dari segi budget ataupun perancangan negara, mereka juga mempunyai jangka hayat bagi setiap matlamat yang ingin dicapai bukan?

Dengan itu, kita tidak dapat lari dari kedua-dua jenis matlamat yang tersebut. Saya pernah merasakan betapa boringnya mendengar perkataan jangka panjang jangka pendek ni. Maklum aje, dulu memang saya tak ada matlamat. Seriously. Semasa sekolah dulu pun, bila cikgu tanya apa cita-cita saya, saya tidak dapat menjawab. Saya hanya meniru orang sebelah sahaja. Sehinggalah saya masuk universiti, saya masih belum tahu apa saya nak  jadi bila dah graduate nanti. Terukkan? Saya hanya ikuuut sahaja ke mana nasib saya nak landing.

Namun sesungguhnya, memang hukum Alam itu tidak dapat di nafikan dan perancangan Allah itu sentiasa untuk kebaikan hambaNya. Jauh di sudut hati, saya suka mendidik atau mengajar. Kalau di universiti, orang bertanya itu ini saya suka untuk menerangkan. Alhamdulillah, saya mendapat kerja sebagai pensyarah pun sebaik sahaja saya selesai peperiksaan akhir tahun 4 di universiti, belum pun dapat keputusan tetapi telah mendapat pekerjaan. Malangnya, saya tetap tidak tahu ke mana saya nak bawa karier saya tersebut. Tiada hala tuju, tiada matlamat. Hadap aje. Dapat naik gaji, alhamdulillah. Dapat naik pangkat, alhamdulillah. Tapi nama nak aim pangkat, tak terlintas (tapi gaji nak jugak lebih sikit🙂 )

Sekarang, walaupun saya masih tidak suka mengejar pangkat, tetapi saya sudah tahu apa yang saya nak dapat dari pengalaman mengajar saya ni. Matlamat jangka panjangnya sudah ada, tetapi demi mencapai matlamat jangka panjang itu, sudah tentu kena ada matlamat jangka pendek yang menjurus kepada matlamat long term itu. Dan matlamat jangka pendek itu pun perlu diperincikan dengan lebih pendek lagi dan lagi sehingga kalau boleh, kita perlu tahu apa matlamat kita untuk hari ini. Adakah apa yang kita buat hari ini akan memberi kesan kepada matlamat kita yang akan datang.

Sudah panjang lebar saya bercerita di sini. Kita berhenti dahulu untuk kali ini. Nanti akan disambung berkisar matlamat dah hubungkaitnya dengan minda sedar dan separa sedar, insyaAllah.


Responses

  1. What’s up to all, it’s really a pleasant for me to visit this website, it includes precious Information.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: