Posted by: wanrohaniah | 27/10/2009

Matlamat Diri

Sudah banyak kali saya membaca kenyataan “Tetapkan matlamat hidup anda” atau dalam bahasa Englishnya “Establish your goal”. Saya rasa saya faham dan saya cuba senaraikan apa yang saya ingin capai dalam kehidupan. Tetapi, jauh di sudut hati masih terasa ada sesuatu yang kurang. Walaupun saya rasa matlamat yang saya tulis itu dah cukup lengkap, tetapi saya seperti tidak begitu bersemangat bila membacanya kembali.

Sehinggalah saya membaca satu buku motivasi dua minggu lalu, di dalam bab pertamanya di nyatakan mengenai core intention ataupun matlamat utama kita wujud di dunia ini. Saya seolah2 tersedar dari lena yang panjang🙂 Walaupun penceritaannya tidaklah terlalu menjurus kepada matlamat hidup tetapi cara penulisnya menerangkan tentang apa yang kita nak dalam hidup ni membuatkan saya termenung dan berfikir.

Jika boleh disimpulkan, cuba renungkan hidup kita sekarang ini. Cuba hubungkan dengan kewujudan kita di atas muka bumi ini. Fikirkan apakah yang kita ingin capai di dalam kehidupan dunia kita ini. Adakah hidup kita ni, sekadar untuk bangun, pergi kerja, balik kerja, main dengan anak, weekend pergi window shopping, atau tengok TV dan kemudian beremosi dengan cerita2 yang ada di TV, kemudian minggu depannya kita buat perkara-perkara yang sama. Kita kadang-kadang terhanyut dengan kesibukan di tempat kerja, di  rumah (dengan urusan rumah tangga), di luar (dengan urusan sosial) sehingga kadang-kadang kita terlupa tujuan utama kita diturunkan ke dunia ini. (Ustazah sudah mula berceramah ke ni?🙂 ) Tak kisah lah ustazah ke ustaz ke, tetapi pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, apakah matlamat kita kepada:

1)  diri sendiri

2) keluarga

3) agama

4) bangsa

Apa yang ditulis di dalam buku itu hanyalah satu kenyataan iaitu secara translationnya “Alangkah ruginya manusia ini jika umurnya yang panjang, katalah 90 tahun, dihabiskan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada diri, keluarga, agama dan bangsa”….kenyataan itulah yang membuatkan saya termenung panjang dan mula menghubungkaitkan dengan segala apa yang telah dipelajari, didengari dan dibaca sebelum ini…juga mula menghubungkaitkan ajaran agama kita juga. Dan kerana kenyataan itu jugalah maka saya tahu segala senarai matlamat yang saya buat sebelum ini memang banyak kekurangan. Maka saya mula merubah kembali matlamat tersebut sehingga akhirnya saya nampak jelas dan terang apa yang saya ingin capai dan juga bagaimana untuk mencapainya. Salah satu caranya adalah dengan kewujudan blog ini.

Jadi, sudahkah anda menyenaraikan matlamat hidup anda? Marilah sama-sama kita lakukan. Kita boleh!!🙂


Responses

  1. Sungguh benar apa yang dikata..memang selari lah apa yang kita tulis🙂 Great minds think alike! buleh ko prasae ggitu??

    Like what you have written..kita hanya menarik kawan yang sama-sama macam kita! I do believe that we actually do have the same goal…insyaAllah kita dah nampak apa matlamat/impian kita. InsyaAllah, walaupun wadahnya berbeza, yang penting tujuan/niat/impian/matlamat nya sama!!

    • buleh buleh…kita memang sokmo selari dih? insyaAllah, mudah2an matlamat/impian kita ini akan menjadi kenyataan, amiiinn….

  2. saya masih mencari-cari matlamat hidup,blh tunjuk ajar mcm mn nk cari..

  3. Greate article. Keep posting such kind of information
    on your page. Im really impressed by it.
    Hi there, You have done a fantastic job. I will definitely digg it and
    in my opinion recommend to my friends. I’m confident they will be benefited from this website.

  4. I always emailed this weblog post page to all my friends, for the reason that if
    like to read it afterward my links will too.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: