Posted by: wanrohaniah | 23/10/2009

Salam Perkenalan

Sebelum memulakan sebarang bicara, terlebih dahulu saya ingin memohon seribu kemaafan sekiranya tulisan-tulisan yang bakal saya paparkan akan membuatkan pembaca merasa tidak senang. Bukan niat diri ini untuk menyakitkan hati sesiapa, sekadar ingin berkongsi apa yang telah di alami dan juga yang difahami hasil dari pengalaman, bacaan, pemerhatian dan perbincangan.

Sesungguhnya apabila membicarakan berkenaan muhasabah diri dan perbaiki diri, semestinyalah perkara-perkara yang kurang menyenangkan akan diutarakan. Namun begitu, semua ini akan menjadi iktibar dan juga pengajaran buat diri saya sendiri terutamanya dan harapan saya agar segala yang baik yang terkandung di dalam setiap tulisan saya dapat juga memberi manfaat kepada para pembaca sekelian.

Sebarang komen dan kritikan yang membina adalah dialu-alukan.🙂


Responses

  1. Salaam dan terima kasih kerana menyediakan ruangan motivasi untuk saya kunjungi.

    saya selalu berpendapat bahawa, oleh kerana pembaikan diri ini melibatkan hati, dan jika semua hati-hati manusia adalah ditangan Allah, maka kita manusia ini tidak dapat dibaiki, melainkan melalui kaedah agama.

    muhasabah diri adalah satu amalan agama dan ianya diamalkan oleh para-para sahabah r.hum dan orang-orang yang tinggi maqamnya di sisi Allah. saya menasihatkan diri saya dan teman-teman yang lain supaya berpegang teguh kepada prinsip : tertib agama adalah untuk saya dan bukan untuk saya terapkan kepada orang lain. Untuk orang lain, saya akan memberi galakan, motivasi dan mendoakan kesejahteraan mereka. Dengan cara ini, mudah-mudahan Allah akan merubah hati-hati kita. baiki diri, dan ajak orang lain untuk baiki diri mereka.

    Syabas dan tahniah wanrohaniah, atas sumbangan anda kepada kehidupan kami. semoga diterima amalannya di sisi Allah.

    jazakallah hu khair.

    salaam

    • terima kasih di atas pandangan…
      sememangnya matlamat utama adalah utk membuka minda dan mengajak kita semua berfikir…sudah tentu hidayah datang daripada Allah…harapan atau impian diri saya adalah utk menyumbang atau sebagai pemangkin kepada hidayah itu….dan usaha seorang diri mungkin akan lambat..dengan itu, marilah kita ramai-ramai berusaha agar orang Islam kita tidak terus hanyut….wallahuallam…:)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: