Posted by: wanrohaniah | 29/01/2010

Kisah Tukang Rumah

Dah lama tidak menulis di sini….agak sibuk kebelakangan ini dengan dua karier :)

Berkisah kembali, kali ini dengan kisah seorang tukang rumah yang sangat bagus kerjanya. Setelah sekian lama bekerja sebagai seorang tukang rumah, sudah tiba masanya untuk dia berehat. Di dalam fikirannya, dia hanya ingin bersama-sama isterinya menikmati hari-hari emas di sebuah rumah di hujung bandar. Kata beliau, sudah pasti beliau akan terasa sedikit sesak tanpa pendapatan yang tetap tetapi beliau merasakan beliau mampu bertahan.

Penyelianya merasa amat sedih kerana akan kehilangan seorang pekerja yang berdedikasi, setia dan teliti di dalam setiap projek yang dikendalikannya. Maka, penyelia ini telah meminta tukang rumah ini membina sebuah rumah terakhir sebelum beliau bersara. Si tukang rumah pun cuba menyiapkan rumah tersebut. Pelannya sangat cantik dan ekslusif, akan tetapi kerana di hati si tukang rumah sudah tiada bersemangat lagi kerana ingin bersara, kerjanya yg terakhir ini tidaklah seteliti kerja-kerjanya yang sebelum ini. Maka, rumah disiapkan sekadarnya, bahan2 mentah yang digunakan juga tidak menepati kualiti yang sentiasa diberikan.

Setelah siap rumah itu dibina, si tukang rumah itu pergi bertemu dengan penyelianya. Penyelia tersebut dengan bangganya memberikan kunci rumah yg baru dibina tadi dan berkata “Itu adalah rumah kamu, hadiah dari saya kepada kamu”. Alangkah terkejutnya si tukang rumah, dan merasa menyesal kerana tidak membina rumah itu dengan bersungguh-sungguh. Namun apakan daya, terima sahaja seadanya. Menyesal dahulu pendapatan……

Begitulah juga kita di dalam membina kehidupan kita. Terlalu banyak “gangguan-gangguan” yang menyebabkan fokus kita tidak begitu tajam, sehinggakan kita terlupa apakah tujuan kita hidup di dunia ini sebenarnya. Dan kita juga menjadi lupa dan lalai untuk melaksanakan apa yang sepatutnya untuk membina kehidupan yang lebih berkualiti. Tanya diri sendiri, “rumah” apakah yang ingin kita bina untuk diri kita…..

Posted by: wanrohaniah | 08/12/2009

Better place to live

Seorang engineer melalui satu padang yang kering dan tandus…tiada satu apa pun yang ada…tetapi nun jauh dihujung padang, engineer tersebut melihat ada seorang pakcik tua sedang sibuk menanam sesuatu. Dia menghampiri pakcik tersebut dan mendapati pakcik tadi sedang menanam biji rambutan. Dia berkata kepada pakcik tersebut “Pakcik, kenapa pakcik menanam juga sedangkan padang ini kelihatan sangat kering dan tidak mungkin akan dapat menumbuhkan tanaman pakcik tadi?”

Pakcik tadi lantas berkata “Nak, pakcik dah tanam banyaaaak biji rambutan di padang ini….sudah berkali kali di tanam tapi tiada yang bercambah. Namun begitu pakcik percaya suatu hari nanti usaha pakcik akan berhasil”

10 tahun kemudian, engineer tadi melalui tempat yang sama. Dilihatnya padang yang suatu ketika dulu sangat kering dan tandus kini dipenuhi dengan pokok rambutan yang subur dan lebat berbuah.  Dan buah2 itu dapat dinikmati oleh semua orang tak kira siapa.

Di dalam hati engineer itu terdetik “Alangkah bagusnya pakcik itu. Dia tetap berusaha untuk menjadikan padang ini dapat dimanfaatkan, walaupun banyak kali mencuba dan gagal, dan walaupun dia sendiri tidak dapat meraih hasilnya, namun dia tahu bahawa usahanya akan dapat dimanfaatkan oleh orang lain juga”

Maka, apakah sumbangan kita kepada alam semesta dan juga masyarakat yang membolehkan masyarakat kita mendapatkan hasilnya walaupun kita sudah lamaaaaaa tiada?   Jom “tanam pokok rambutan”!!! Ahaks ahaks….

Posted by: wanrohaniah | 07/12/2009

Semua kita bersaudara – aren’t they our children?

Seorang wartawan yg membuat liputan di Negara yg berperang melihat seorang kanak2 lelaki ditembak oleh seorang tentera berani mati. Membuang notebooks dan pen dengan segera dia berlari kearah lelaki yg memapah dan memegang kanak2 tadi. Lelaki itu berkata kepada wartawan tersebut “Cepat, cepat, kita bawa dia ke hospital. Anakku ini masih bernafas”

Dalam perjalanan, lelaki tadi tetap mengatakan “Anakku ini masih panas, masih ada harapan dia diselamatkan. Harapnya kita sempat sampai”

Sampai di hospital, kanak2 tadi tidak sempat diselamatkan dan meninggal dunia. Lelaki tadi pun tertunduk sedih dan berkata “Bagaimanalah ingin saya khabarkan berita ini kepada ayah kanak2 tadi”

Wartawan tadi terkejut lalu bertanya “Bukankah kanak2 tadi anak awak? Awak berkata begitu setiap kali tadi?”

Lelaki itu berkata “Tidak, dia bukan anak saya tapi sebenarnya bukankah mereka semua ini anak2 kita?”

Wartawan tadi tersentak dan tersedar….memang betul fikirnya, kita semua bersaudara dan saling berkait. Maka, setiap anak2 yg ada dihadapan kita adalah anak2 kita, yg patut kita beri makan, beri pakai, beri perlindungan dan beri kasih sayang. Tak gitu?

Posted by: wanrohaniah | 24/11/2009

5 yang ke dua

Di sambung kembali dengan 5 lagi cara untuk kita melangkah ke arah perubahan.

1)   Berhenti menjadi hakim

Jangan cepat menghakimi orang. Sesuatu yang kita dapat lakukan dengan mudah, betul? Setiap saat sebenarnya kita adalah hakim. Setiap apa yang kita lihat, kita dengar dan kita rasa, kita pasti akan menghakimi. Namun, di dalam menghakimi sesuatu perkara, ingatlah. Sentiasalah bersangka baik dengan orang lain. Jika diakhiran kita mendapat yang sebaliknya, anggaplah ia sebagai satu ujian agar kita lebih berhati-hati di lain masa.

2)  Hadapi ketakutan

Setiap kita pasti ada ketakutan tersendiri. Takut miskin, takut tak menjadi, takut orang mengata dan bermacam jenis takut lagi. Takut hantu pun ada, tapi takut Tuhan? Ramai yang takut dimulut tapi tidak pada perbuatan, setuju? Cuba hadapi perasaan takut itu kerana bila kita hadapinya dan berjaya melepasinya, sebenarnya ia hanyalah mainan perasaan kita sahaja. Percayalah! Saya telah mencubanya dan bila sudah melepasinya, takut hilang seronok pula yang datang kerana kita sudah berjaya mengawalnya.

3)  Bantu orang lain

Kita harus saling bantu membantu. Siapalah kita yang merasakan diri sangat tinggi dan berdarjat tetapi tidak mampu membantu bangsa sendiri dari hidup merempat. Andai kata banyak kekangan untuk membantu, sama ada dari segi duit, tenaga dan masa, renunglah sejenak apa lagi yang boleh kita lakukan untuk membantu orang sebangsa dan seagama dengan kita. (Mengikut saranan Dr Ahmad Ridhuan Tee di dalam ceramah beliau, orang2 Palestin dan juga muallaf amat2 memerlukan pembelaan, apa sumbangan kita pada mereka?)

4) Keluarkan segala perasaan benci dan dengki

Cuba kita belajar untuk berbahagia di atas kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Jangan merasa iri melihat orang lain berjaya atau bahagia. Kasihlah kepada sesama kita sebagaimana kita mengasihi diri sendiri, itu adalah saranan hadis Rasulullah SAW bukan?

5) Berlaku dan berbicara yang benar walau apa jua hasilnya

Betapa yang ini memang payah dilakukan, setuju? Siapa di dunia ini yang tidak pernah menipu? Umat zaman ini sedikit sebanyak pasti ada ketidakbenaran di dalam percakapannya. Kenapa berlaku demikian? Kerana ingin menyelamatkan keadaan kononnya. Tetapi akhirnya, tetap tidak terselamat juga.

Sebenarnya kelima-lima perkara di atas, saya sendiri pun mengalaminya. Sebagai manusia kekadang memang kita alpa. Teringat yang 5, terlupa yang 5 lainnya.  Maka, marilah kita bersama-sama cuba untuk melaksanakan segala yang tertera sebaik yang mungkin, insyaAllah.

Posted by: wanrohaniah | 19/11/2009

5 pertama

Setiap orang inginkan perubahan, betul? Ada siapa-siapa yang mahu kekal statik sehingga diri dipanggil pergi? Tidak. Dan tidak mungkin juga. Kerana kita memang sentiasa berubah, setiap detik setiap ketika, hanya kita sahaja yang tidak menyedari. Kerana perubahan kita tidak drastik. Berlaku dengan perlahan dan berseni. Itulah kekuasaan Allah SWT. Kita tahu setiap Jumaat kuku tangan dan kaki kita akan potong. Rambut juga sampai masa perlu di trim. Kulit kita sekejap gelap sekejap cerah. Itulah perubahan yang sering berlaku pada diri kita. Dan jika diperhalusi, sememangnya setiap ketika kita menjadi orang yang baru dan lebih baik, kerana sel-sel kita sentiasa diperbaharui. Hanya sanya bagaimana sel itu diperbaharui, kita juga yang menentukan kerana kita yang membuat pilihan.

Perkongsian sedikit tentang perubahan yang boleh kita lakukan ke arah kehidupan yang lebih baik, insyaAllah. Semuanya ada 30 tetapi akan dikupas sedikit demi sedikit bermula dengan 5 yang pertama iaitu:

1)   Keluar dari kekalutan dan kembali kepada kehidupan diri sendiri.

-   jika kita terperangkap di dalam kekalutan dunia, kerja, rumahtangga, masyarakat sehingga terlupa akan diri sendiri, hentikan atau slow down. Lihat kembali kepada kehidupan diri sendiri, apa yang kita inginkan di dalam hidup ini untuk mencapai keredhaan abadi. Teliti adakah pekerjaan kita sekarang ini dapat menarik kita untuk sentiasa ingat kepada Allah SWT.

2)  Bertanggungjawablah terhadap pengalaman-pengalaman kehidupan kita

-  Apa sahaja yang kita lalui, lihat kembali persepsi kita terhadap peristiwa itu. Pernahkah kita menidakkan sesuatu peristiwa yang berlaku? Pernahkah kita tidak mahu mengakui bahawa kitalah yang melalui peristiwa itu? Setiap apa yang kita rasai, apa yang kita fikirkan tentang segala peristiwa yang berlaku, itu adalah sedikit sebanyak menerangkan apa yang kita hargai dan percayai.

3)  Ingatlah bahawa kita bukan seorang diri di dunia ini

-  Setiap kita berhubungkait. Sebab itulah adanya masyarakat. Tak dapat tidak, kita tetap memerlukan orang lain untuk melengkapkan kehidupan kita di dunia ini. Lainlah kalau di kubur

4)  Cuba lakukan lebih dari yang terbaik yang kita rasa boleh lakukan

-  Kita sering mengatakan akan cuba yang terbaik di dalam segala apa yang ditugaskan. Apa kata kita ubah menjadikannya ia lebih dari itu?

5)  Sedarlah bahawa tiada apa yang dapat diperolehi dari menuding jari.

-  Berkaitan dengan yang no. 2, kerana kita sering ingin menuding jari menyalahkan apa sahaja kecuali diri kita sendiri. Andai kita lambat ke tempat kerja, kita menyalahkan jem atau kemalangan yang berlaku. Jika tidak dapat menyiapkan kerja yang ditugaskan, kita mengatakan tidak cukup maklumat yang diberi. Hmmm..sekiranya kita boleh melihat kembali ke arah diri sendiri, apakah yang boleh kita lakukan untuk memastikan setiap sesuatu itu pasti dapat dilakukan mengikut jadualnya. Bagaimana? Sanggupkah kita?

Inilah antara 5 perkara yang boleh kita cuba lakukan di dalam merubah diri. Sekali lagi, setiap sesuatu itu tidak akan terjadi dengan sendirinya kecualilah kita sendiri cuba melaksanakannya sedikit demi sedikit (peringatan utk diri sendiri!!)

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.